friendship never end..

pembuka bicara

Tuesday, April 28, 2009

Jika Benar CINTA..

Baca tajuk pun dah buat saya tersenyum... (adakah tandanya syaitan dah mula pasang perangkap halus for me to fall into mengatakan bahawa cinta itu...erm.. membahagiakan)..

Grrrr...ehek-ehek-ehek uwekk... Haha.. lawak lah bila nak cakap style jiwa-jiwa ni...hehe


Anyway, post kali ini terfikir untuk dicoretkan khas kerana saya telah mendapat panggilan-panggilan cinta (wow)... maksud saya panggilan-panggilan hangit (eh bila masa??) yang sebenarnya panggilan-panggilan permasalahan C.I.N.T.A daripada beberapa orang sahabat karibku... ada yang sedih kerana tidak menjadi cintanya... ada yang gabra bila diapproach oleh si dia (si urang itu)... hmm ambe punya masalah cinta pun tak setel lagi.. sudah menjadi rujukan pula..

Anyway, itu tandanya kita dihargai sebagai tempat meluahkan rasa... Don't worry my friends.. Walaupun saya belum mendapat tittle Puan untuk bercakap mengenai masalah ini... Dan tidak menuntut ilmu pun secara formal mengenai penyakit atau pengubat CINTAng (Cintan di'ganu'kang).. kita sama-sama boleh berkongsi pendapat...


Kenapa saya kata cinta itu penyakit dan pengubat.... Ya CINTA itu penyakit dan CINTA juga pengubat bagi penyakit itu...


Cinta-cinta-cinta...erm... love..luv...ishq..mohabbat...pyaarr...kya hain yeh???!!


Kan tengok..bila orang amatur menulis mengenai cinta, lagi pula dapat orang ganas cam saya... Sorry guys, saya kena pasang sut kalis cinta dulu... complicated gak baju robokop nih...


Okeylah, bila bercakap mengenai perasaan cinta... saya rasa tak perlu untuk saya bagitahu panjang lebar kut bahawa cinta yang paling utama itu apa dia... Kerana kita semua maklum bahawa cinta yang Hakiki dan berkekalan itu hanyalah cinta kepada Allah Tuhan kita yang Esa... (cuma masalah bagi setiap dari kita ialah bagaimana merealisasikan cinta ini)... dan keduanya cinta kepada Rasulullah SAW, Nabi kita... dan bukan cinta kepada keluarga kita... bukan cinta kepada suami kita dan amat bukanlah cinta kepada boyafren dan gofren anda.. (erk apasal tiba-tiba anda? Lu fikir la sendiri.. hehe)...

Saya tak nak ulas yang lain buat masa ini... Nak cerita-cerita pasal yang percintaan untuk loving couple jek.. kerana inilah jenis percintaan yang ditanya oleh sahabat2 saya tersebut..

Anyway, bercakap mengenai cinta dari sudut percintaan loving couple ni... saya suka mengulas dua situasi...

1. Bercinta sebagai percintaan couple yang belum kahwin...

2. Bercinta sebagai suami isteri yang of course la dah kahwin...

Satu (1)

Kalau kita lihat senario percintaan couple belum berkahwin..sangat banyaklah contohnya..

Sangat banyaklah fenomenanya... cerita survival tak survivalnya percintaan tersebut... ada percintaan yang nampak islamik dan ada percintaan yang sipi pun tak nampak islamik.. eh, ada ke percintaan sebelum kahwin dalam Islam??? (Ermmmmmm.....cinta type 2 lah kan?!)

Ada yang bercinta melalui alam maya .. melalui email... sms.. YM.. bermula daripada chatting.. kemudian berbalas nombor telefon dan kemudian bergayutan di pokok Digi Friends & Family... tiang letrik Maxis active10 atau stesen pencawang Celcom Xpax 20 (eh ye ke tuh?)... Paling sinonim mesti ada yang kemudiannya mendapat nama baru yang pelbagai.. kalau lelaki dapat title abang, awak, papa, papa bear, papa polar bear, papa polar bear bebeh (eh over pulak, sorry) dan macam baby boy, abi, hubby, laki aku, balak aku, etc... yang wanita dapat title ayang, adik, honey, hunny, nie, baby, bie, mama, mama bear, mama polar bear, ummi, baby girl dan banyak lagi... setakat ni itulah yang saya survey...

Bila dalam proses percintaan tersebut, saya tidak tahulah apa sebenarnya yang dirasakan... sehingga kalau sedih... sedih memanjang... kalau rindu sikit nak nangis... kalau tak telefon marah... sehingga pernah berlaku kepada sahabat saya (yang lain) dia geram kerana pakwenya tidak mahu melayan panggilannya (berkali-kali mengelak dah 2-3 bulan la kira) setelah mendapat pekerjaan best, rumah best dan kereta best... geram-geram, dia kata dia mahu calarkan kereta pakwenya itu... waduh.. kasian kan keretanya... kok kalau mau dicalarkan, biar dicalarin pakwenya dong... tak pasal-pasal kereta dapat calar sebab marah punya pasal... ini dah macam kes student marah kat cikgu... tapi itu sebab ada perasaan benci... ni ada perasaan sayang pun boleh calar-mencalar juga rupanya??? Kan ke kalau kahwin nanti kereta tu juga duk angkut pengantin??? Confius-confius..

Dan banyak lagi fenomena-fenomena alam yang berlaku... ada yang best dan ada yang tak best.. ada yang berjaya ke jinjang pelamin dan ada yang tidak jadi pelaminnya... (nak tanya, jinjang tu apa ek??)

Dua (2)

Kalau nak bercakap mengenai percintaan suami isteri ni... erm.. ini adalah percintaan yang mendapat pahala. Bila sudah berkahwin maka semuanya yang kita lakukan untuk membahagiakan pasangan adalah mendapat pahala (erm, kecualilah perkara tersebut bertentangan dengan syariat, kalau bertentangan, even membahagiakan ianya dikhuatiri boleh membawa kepada soda eh maksud saya dosa...)...

Percintaan hanya selepas berkahwin memang sukar dan jarang-jarang jumpa kut pada zaman sekarang ini. Maybe kerana orang tidak yakin untuk berkahwin sebelum benar-benar mengenali dan memahami pasangan... erm bakal pasangan hidup lah... Kadang-kadang tu ada yang memang dah kenal pun untuk bertahun-tahun tapi bila nak berkahwin... tidak sure dengan keputusan... mungkin takut tidak serasi dan sebagainya...

Percintaan jenis ini kini sudah ada channelnya yang moden sikit. Kalau ikut channel klasik (bukan klasik.fm).. biasanya akan melalui ahli keluarga masing-masing atau orang tengah dari mana-mana pihak la.. yang sekarang ini, ada channel yang established seperti Unit Baitul Muslim (UBM) yang dianjurkan oleh beberapa organisasi atau pihak for example organisasi suatu laman web atau organisasi jemaah. Basicnya adalah melalui dan mesti ada orang tengah... dan akan melalui proses-proses seperti berkenalan, muhasabah diri, solat istikharah dan kemudian bila sudah jadi (kompom kata orang Sabah).. maka akan dilanjutkan kepada urusan-urusan perjumpaan dengan keluarga kedua belah pihak dan seterusnya urusan walimatul urus...

Ringkas ja lah.. nak cerita panjang takut silap.. Saya pun tak habis proses lagi...

(Gulp (*_*)..erk... maksud saya pemprosesan maklumat dalam minda minda saya...)

Anyway kalau ada tersilap, tolong tegur dan betulkan saya...

Penat la pula cerita panjang-panjang ni...

Jadi Mana Satukah Pilihan Anda?

Buat sahabatku... Bercinta dengan mereka yang 'asing' itu adalah seperti melabur dalam bank... ada risikonya, besar lagi tu... anda mungkin ingin melabur (bercinta), tetapi tidak tahu melabur di mana yang akan mendapat untung (benarkah dia orang yang sesuai untuk anda)... tak tahu nak melabur sikit-sikit (bercinta sebelum kahwin) atau melabur banyak-banyak (hendak berkahwin)... apa-apa pun segala permasalahan penyelesaiannya adalah dengan mengembalikan segala permasalahan dan urusan kepada Allah... Dialah yang menciptakan dan mentakdir CINTA itu buat dirimu...

Jangan terlalu terburu-buru dan jangan terlalu bertangguh-tangguh...

Semoga anda berjumpa dengan CINTA sejati yang membawa kepada CINTA Allah yang hakiki...



Kesimpulannya... pilihlah pelaburan perbankan Islam...

(percintaan melalui perkahwinan)

'Untung selamat-rugi pun selamat'

InsyaALLAH..

Post ini akan disambung lagi..insyaAllah.. yang ini intro saja...


(^_^)

Cinta manusia itu penyakit ~ Cinta Allah la pengubatnya

Cinta dunia itu penyakit ~ Cinta akhirat la penawarnya

Cinta couple itu cari penyakit ~ Cinta berkahwinlah jadi penyelesaiannya..

Berhati-hati di jalan cinta ....

P/s: Melihat kepada isi post ini, mungkin ia akan mengguris hati mereka yang sedang berrcinta dengan type 1. Saya terlebih dulu mohon maaf. Saya tidak berniat untuk meremeh-remehkan perasaan anda, kerana saya tahu perasaan cinta itu fitrah. Tapi apa pun, kita cuba mengkoreksi diri kita. Saya sendiri mempunyai banyak kelemahan, masalah diri di masa silam dan masa kini, kecil dan besar.. Dan sebagainya... Tetapi ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang memohon keampunan.. Dan kita sebagai manusia, kita boleh membuat pilihan mengenai keputusan-keputusan dalam hidup ini atau setidak-tidak mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam hidup seharian. Sekiranya kita mahu membina keluarga bahagia yang berlandaskan kepada syariat Islam, sudah tentu prosesnya perlulah juga melalui proses yang diiktiraf syariat Islam. Pada kala ini, bercakap mengenai teori itu mudah, tapi pelaksanaan praktikalnya susah... Saya tahu, saya faham... InsyaAllah.. Cuma kita perlu lebih berusaha dan merefleksi diri dan tindakan kita. Kita tahu kemampuan diri masing-masing, maka teguhlah mempertahankannya. Berkahwinlah bagi mereka yang mampu kerana bersendirian itu payah dan kahwin itu sunnah, tetapi stay singlelah sekiranya anda belum mampu kerana bercouple itu mungkin akan membawa dosa...

setakat ini dulu... mungkin post ini akan ditukarkan kepada post yang lebih serius sekiranya saya merasakan ia terlalu tidak serius.. kita tunggu dan lihat...

Terima Kasih - Thank You- Syukran Jazilan- Pounsikou everyone for reading this post. If you find this post somehow inappropriate in any term "you-like-to-define", kindly specify your suggestions or comments in comments box below.
Manittaba'al Huda Wal 'Inayah Minallahi Ta'ala

Post from my sister Blog...

0 sharing is caring,caring is loving: