friendship never end..

pembuka bicara

Tuesday, May 19, 2009

my family...(post ini di'curi dari my sister post haahaha..)

Oh.. saya belum pernah interframe gambar family saya kat sini ek? Ada ka? Belum lagi rasanya... Anyway, post kali ini adalah mengenai keluarga saya, antara anugerah terbest dalam hidupku...
Yang pertamanya ialah... ten tara tara!!! My nenek yang comel!!
Chak!

Inilah nenek kesayangan saya (sebelah mama). Nenek saya bernama Tandahau Binti Limun atau nama Islamnya, Siti Asiah Abdullah. Kami semua panggil nenek. Untuk pengetahuan, keluarga saya panggil nenek dan datuk sebagai nenek lelaki dan nenek perempuan ataupun dalam bahasa Dusun, tinak-inak om taki-aki. Jadi ini adalah gambar nenek perempuan (tinak-inak) saya. Gambar arwah nenek laki ada di rumah, tidak dapat didigitalkan. Tak apalah. Ada nanti saya letakkan, insyaAllah. Nenek saya ni sangat rajin dan tak boleh duduk diam (tak buat kerja). Dia mesti nak buat sesuatu kerja, kalau tak nanti bosan, katanya. Nenek suka berkebun, bermain dengan cicitnya (Hana) dan berjual (sigup + barang runcit). Nenek saya tidak pernah bersekolah, tetapi dia sangat rajin belajar iaitu membaca Iqra' dan membaca bahasa Melayu. Sekarang masih lagi dalam proses belajar. Kalau dulu, nenek langsung tak boleh berbahasa Melayu, tapi sekarang dah terer. Amacam, kiut tak nenek saya?? (^_^).

Seterusnya ialah family saya yang basic (basic???) ~ keluarga asas... Yalah tu kot.. Term-term ni tak reti lah...
Boleh lihat mengikut nama. Yang pertamanya ialah bapa saya (pak). Bapa saya ialah Yazid Bin Durisin atau nama glemer di kalangan orang kampung, Ajid. Bapa saya memang itulah nama asalnya dan nama Islamnya. Bestkan. Kemudian my mama, bernama Lihin Binti Sandayan atau nama Islam, Siti Hanyzza. Nama glemer, Laihin (macam Chinese kan).. Mama dan Bapa saya adalah full-time farmers (petani). Kami ada sawah padi, nak datang?? Jom (^_^).. Tetapi bapa part-time Security Guard (bangunan dekat dengan rumah-lari tak sampai seminit), dan mama part time cooks (kat SMK Arshad). Memang kagum sangat dengan mak dan bapa boleh buat dua kerja (sebab saya pernah try, uhhh penat sesangat!!).

Hobi mak saya ialah membaca buku. Hehe sama macam saya. Eh silap, saya sama macam mak saya. Mak saya suka baca buku-buku cerita, novel dan buku-buku agama. Komik dan majalah??? Tak rasanya... Kadang-kadang kalau saya pergi sawah dengan mak saya, bila senyap je pondok tu maknanya sama ada kami tidur atau kami baca buku. Hahaha... Hobi bapa saya pula... ialah menghasilkan permainan. Apa?? Yup, bapa saya likes making puzzle games. Macam metal puzzle dan wood puzzle. Tapi bapa saya guna bahan terbuanglah, macam paip pvc, manik, besi wayar dan lain-lain. Saya sampai sekarang tak dapat-dapat nak selesaikan kebanyakan puzzle yang bapa saya buat. Kadang-kadang dia suka selesaikan teka silangkata (Bahasa Melayu dan Bahasa Dusun), main Rubic Cube (3 x 3 baru, yang jenis lain belum ada) dan main Sahibba dengan kitorang la. Yang penting, mesti menggunakan minda.

Ni contoh internet, bukan my bapa buat la..
Eh, dah banyak pula cerita mak dan bapa saya. Okey, karang ada merajuk adik beradik.. Adik beradik saya ada 6 orang. Yang sulung ialah kakak saya, Idi atau nama sebenar Norlizah. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak (bukan kembar 3 ya). Ni kat bawah adalah gambar kahwin. My elder sis sekarang ni fulltime super-housewife. Dia seorang yang versatil. Dia boleh buat banyak kerja (kerja-kerja rumah dan kerja-kerja luar rumah). (?) I mean, dulu dia pernah kerja pengurus R&D, kerani, tutor tuisyen, guru komputer, guru GSTT, GITN Trainer, nursery, tadika dan itulah setakat yang saya ingat. My brother-in-law is Mohd Aqsha (seorang guru kaunselor sekolah) yang saya suka bergaduh kalau kat rumah, haha. Cikgu dengan cikgu memang suka bergaduh. Hobi kakak saya ialah membaca (mostly novels local and international) dan menulis cerita (Oh ya, and we once are bookworms of Harry Potters' Series). Dalam penulisan memang my sis berbakat la bab menulis ni. Dulu masa time dia sekolah menengah, dia hasilkan 'novel buku latihan' (haha). Tapi semua cerita memang best, cuma tak diterbitkan ja. (^_^). Erm... My bro-in-law pula, hobinya banyakkk... Lets say, salah satunya ialah menonton VCD cerita perang dan bisnes. Maybe cita-cita (tak kesampaian dia adalah menjadi seorang tentera dan bisnes man, hehe, eh bukan doktor kah? Erm entah, lupa dah). Oh ya, abang ipar saya ni, salah seorang guru versatil (kalau Dr. Siti tahu, mesti dia suka dengar). Abang ipar saya selain tugas utama dia sebagai kaunselor sekolah, dia juga seorang guru Bahasa Inggeris + Pendidikan Seni, jurulatih hoki, jurulatih tarian, jurulatih BTN, dan penceramah motivasi. Hurm, I warn you, versatile teacher like him will never stay home on weekends. Memang tiap-tiap hujung minggu jalan (ada tugasan lain). Begitulah... Akhirnya saya menjadi tukang cuci kereta saja... Haha, tiadalah... Saya memang suka cuci kereta... (^_^)v.

Comelkan anak buah saya, namanya Hana. Sekarang umurnya 15 bulan, sudah boleh berlari, menyebut 1, 2,3 dan A, B, C (tiga tuh saja), haha. Geramnya tengok muka dia grrr!!

Anak kedua adalah saya yang mana tidak perlu diceritakan kerana saya sudah sedia glemer (hahaha). Anak ketiga adalah my only brother, Wancheliau (nama main bola). Nama sebenar Mohd Ikhwan. Dia sekarang sedang belajar di UniKL-BMI, Gombak. Selalu teman saya jalan-jalan kalau keluar ke KL. Hobinya? Dia suka bercerita, driving dan tidur. Haha. Dia start driving since umurnya 7 tahun (caya tak?). Bapa saya memang trained dia awal-awal. Sebelum lesson driving, dia dapat lesson mengawal kerbau dulu (hehe). Ada satu masa tuh, dia terjatuh dari atas badan kerbau ke leher kerbau dan terpaksalah mengawal kerbau dengan tanduknya (macam stereng motor). Dah lah tuh, nanti ada orang kembang kempis.

Anak keempat ialah the Aunty Muk, Najwa Syahida atau kami biasa panggil dia Adik. However dia lebih nampak kakak dari saya dan kami semualah. Kenapa? Tanya dia sendirilah. Adik saya yang ini baru lepas STPM dan sedang menunggu panggilan-panggilan pulau dari IPT. Hobinya ialah menyelesaikan SUDOKU dan membaca. Dia memang suka numb3rs Matematik dan suka mengajar Math. Dia kini telah mengambil post saya yang lama iaitu sebagai kerani dan guru tuition di Ummi Al-Hidayah Enterprise. Adik saya yang ini anda perlu berhati-hati ketika mendapat tendangan bola darinya kerana tendangannya ala-ala kungfu hustle, yang bukan ditujukan ke pintu gol, tetapi kepada penjaga gol, hahaha.

Anak yang kelima, seorang nurse (misi) kiut dari Kota Belud. Nama sebenar simple, Nadiah, dan dia memang simple orangnya. Dia juga glemer dengan nama Boyo' (hasil idea bernas my brother-in-law). Hobi... Apa hobi ko yok?? Lupa lah.. Dia suka bermain kut? haha.. Dia suka budak-budak, suka mengurus dan kini mungkin sedang menguruskan pesakit-pesakit di Hospital Queen Elizabeth. Dia suka mendengar lagu, mengambil video dan bergambar... Iya kah? Sebab itulah dia ada handphone berkamera berbanding saya handphone background hitam-kuning (^_^). Siapa yang rasa-rasa nak beranak di KK, bolehlah berpeluang disambut kelahiran anaknya oleh adik saya ini.

Lastly, my youngest sister, is Miss Amirah Athirah a.k.a Myro. Dia sedang bertungkus-lumus menelan nota-nota SPMnya kerana tahun ini dia akan menghadapi SPM. Dia mengambil aliran Sains Tulen seperti saya dan Adik. Hobi dia ni adalah belajar bahasa. Sekarang ni, rasanya dah boleh kecek Korean dan tulis Korean sikit-sikit. Kamsahamnida!! Ahnyang-Seyo, apa tah??!! Selain itu dia suka menulis diari dan mengumpul benda yang comel-comel kerana dia (bajet) comel, hahaha. Yang sebenarnya yang paling comel di antara kami semua (sila lihat gambar) ialah individu yang meng'peace' dengan tangan sebelah kanan. Siapa tuh??? Anda pikir la sendiri... Assalamu'alaikum... \(^_^)/

Thank You For Reading

siou kio uda..mmg asanangan oku dot manakau post jun..huahuahua..jangan marah..(??mcm tjuk crta dlm TV jk..)