friendship never end..

pembuka bicara

Sunday, August 22, 2010

bestnya bila yang terbaik mampu dilakukan..

kejadian berlaku baru beberapa minit yang lalu sebelum saya menulis post ni. ketika hati sedang berbunga-bunga kegembiraan, tak sabar rasanya mo tekan-tekan keyboard...semuanya ingin diluah dan dikongsi dalam blog kesayanganku ini..

tepat jam12.30PM tadi saya menghadiri kelas "tough" iaitu Metodologi Penyediaan Pelan Pembangunan yang di'syarahkan' oleh Cik Syuhadah..sangat happy.walaupun pada awalnya terasa syaitan makin ramai berjuntai-juntai di tabir mata namun saya gagahkan juga untuk meneruskan kelas sebab today is our turn to present our Pelan Pembangunan. Pelan kami berkisarkan tentang pembangunan institusi Kolej Universiti Insaniah yang kononnya akan kami dirikan di Kuala Ketil, Baling, Kedah. hari tu dah turun site nak pergi tinjau sendiri kawasan kajian. perjalanan jauh dari UUM-Baling terasa amat memenatkan tambahan pula dalam bulan puasa ni langsung tak boleh singgah nak minum apatah lagi makan.

tapi bukan perjalanan itu yang ingin dikongsi tetapi kisah semasa sesi pembentangan di dalam dewan kuliah sebentar tadi. syaitan yang semakin ramai bersuka ria di tabir mata tadi hilang sekelip mata bila pembentangan terasa semakin menyesakkan nafas. kenapa? sebab kesian kat 2orang kawan sekumpulan yang menjadi wakil pembentangan tengahari tadi.

pembentangan kami yang ternyata lain dari yang lain telah menyebabkan pembentangan kami menerima kritikan hebat dari majoriti pelajar dalam kelas tersebut. banyak yang menyatakan ketidak puashatian apabila kami mula menyatakan bahawa kumpulan kami memilih lokasi kajian untuk didirikan kawasan institusi. hal ini berikutan bantuan daripada Majlis Daerah Baling sendiri yang telah menghulurkan bantuan secara sukarela dalam mengetahui dengan lebih mendalam tentang projek pembangunan tersebut. saya faham kenapa ramai yang tidak puas hati, mungkin sebab apabila mendengar kawasan kajian kami sedang dan telah mula dibangunkan jadi ramai yang tidak perpuas hati kerana melihat dan beranggapan bahawa kajian pelan kami telah diluluskan dan kelihatan telah berjaya dilaksanakan sedangkan ia sebenarnya masih dalam perancangan untuk menerima kelulusan. tapi tak mengapa, bukan salah mereka kerana mereka cuma kurang faham dengan apa yang cuba kami ketengahkan dalam perbincangan tersebut.

apa yang menjadi kontroversinya ialah apabila kumpulan kami menerima banyak soalan-soalan yang agak pedas semasa sesi soal-jawab di akhir pembentangan. sehinggakan ada yang mempersoalkan tentang perkaitan pelan kami dengan RT yang ada. (RT ialah Rancangan Tempatan). ada juaga yang mempersoalkan tentang alam sekitar memandangan kawasan kajian kami itu pada asalnya merupakan tapak perindustrian yang berhampiran dengan kilang-kilang.
walaupun telah diterangkan beberapa kali namun mereka masih kurang faham.akhirnya, part yang paling best bila nampak sangat kumpulan kami dah kena "kondem" oleh student2 yang lebih senior. maka bangunlah kami ahli kumpulan benteng belakang melontarkan hujah untuk mem"back-up" kawan2 yang sudah diserang semasa pembentangan.. part ni yang paling best..whay? sebab dengan saya-saya sekali bangun menegakkan kebenaran. bestnya sebab, kita akan dapat membalas hujah orang lain sekiranya kita mempunyai persediaan awal yang kukuh. so, nak takut apa kan..

kelegaan kami mula berkurangan dengan reaksi mereka yang tidak mampu membalas dan menyangkal balik hujah kamu satu kumpulan. kelegaan semakin bertambah-tambah apabila pensyarah kelas tersebut turun dan menyertai kami di barisan hadapan untuk membetulkan tanggapan salah faham mereka terhadap kami. dan pensyarah kami tu pun tolong sokong kami sekali..hehehe tu yang suka sangat tu..alhamdulillah..thanks Cik Syu.

mungkin mereka sangkakan bahawa kami buat kertas kerja untuk pelan pembangunan tu ikut "done" kami ajer kot..sedangkan kami sudah berjumpa dengan lecturer sebelum membuat sebarang langkah untuk menyiapkan tugasan itu. dan lect sendiri yang menyokong dan mencadangkan agar kami buat pelan untuk institusi supaya ada kelainan kononnya...tapi memang ternyata sangat memberi kelainan pun sebabnya kumpulan yang lain buat benda2 yang biasa i.e pelancongan, perindustrian, infrastruktur dll..so dont blame us..

apa-apa pun, sangat suka apabila kejadian seperti ini berlaku.harap2 boleh berlaku lagi...
semoga berjaya and chaiyo2..

0 sharing is caring,caring is loving: