friendship never end..

pembuka bicara

Monday, September 6, 2010

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah???


memang sakit apabila cinta yang didamba selama ini tidak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi bila kita dibuang begitu sahaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. tetapi, mungkin itulah suatu petanda baik yang ALLAH beri kepada kita untuk kebaikan diri dan juga kehidupan masa hadapan kita. semua itu takdir yang tidak perlu kita sesali. malah patut kita syukuri kerana yang pasti ALLAH akan gantikan kesakitan itu dengan sesuatu yang lebih manis untuk kita nikmati pada masa depan. semua yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan...

bila kita fikir2kan kembali, mengapa semua ini terjadi..?? mungkin disebabkan ;


1) memang ALLAH sengaja buat macam tu. biar kita bertemu dahulu dengan orang yang salah supaya apabila kita sudah bertemu jodoh yang sebenar, ada rasa syukur dalam diri kita terhadap ketentuan-Nya. ia hanyalah untuk menguji diri kita dan mengajar kita erti cinta seorang manusia.


2) memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah dahulu sebelum bertemu jodoh yang sebenar. ALLAH jadikan ini semua untuk menjadikan kita sebagai seorang penilai yang baik. teliti dengan apa yang berlaku dalam kehidupankita selama ini. dapat menilai perkara baik dan buruk.


3) ALLAh sengaja menemukan kita dengan orang salah kerana mahu kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk tuhan yang sentiasa memerlukan pertolongan daripada-Nya walau dalam apa perkara sekalipun.


4) ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah dahulu supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita kelak.


5) ALLAH memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana dia mahu kita sedar bahawa ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat dan tepat untuk kita jalani kehidupan pada masa hadapan.


6) ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana dia mahu kita mengutip pengalaman yang belum tentu semua orang akan mengalaminya selain dapat mendidik hatikita tabah menghadapi segala dugaan jiwa seperti ini.


7) ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana ALLAH mahu kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.


8) ALLAH memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang terbaik hanya ada bersama ALLAH.


9) ALLAH memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar dan kita lebih mengenali bahawa HIDUP TIDAK KEKAL SELAMA-LAMANYA. ia hanya bersifat sementara yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada kita untuk memberi kesempatan kepada kita menikmati kehidupan di dunia ini..


wahai sahabat handai yang berada di luar sana yang berasa kecewa dan menderita akibat panahan cinta manusia, ingatlah bahawa kehidupan kita semakin hampir ke penghujungnya. usahlah kita berduka lara kerana cinta yang kecundang kerana hari-hari yang terbuang tidak dapat diganti semula. hari esok pun belum tentu menjadi milik kita. adalah lebih baik kita mencari keredhaan ALLAH daripada terus menangisi sakitnya cinta manusia. sesungguhnya ALLAH mendengar segala rintihan hati kita. tidak perlu malu untuk memohon keampunan dan pertolongan-Nya..ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.



0 sharing is caring,caring is loving: