friendship never end..

pembuka bicara

Friday, October 15, 2010

:: baca novel lagi ::

aku sememangnya antara seorang penggemar novel melayu yang tersangat la 'novelic'...(ada ka perkataan tu?? anggap je la ada k..huhuhu..)..it means tersangat la kaki novel. pantang jumpa novel, mesti kena belek..ada hati nak beli lah tu...

tapi nasib baik juga la kuat lagi iman ni, dapat tahan lagi hati dari membeli semua novel yang terjumpa kat mana2..ntah kenapa, asal nampak novel je, rasa novel tu memanggil2 dan rasa dia cute sesangat...huhu..tolanglah najwa...

novel2 yang ada kat gambar tu adalah antara alternatif yang berjaya dipraktikkan daripada memebeli novel.sebab novel ni kalau dah baca boleh ingat terus jalan cerita, so baca sekali ja.lepas tu simpan buat collection, tu yang 'cik abang' boleh membebel tu...kalau dah pegang dan baca novel, suma keja yang lain tinggal dah, contohnya mesej dengan 'cik abang' tu. mana tak orang tu merajukkan...hehehe..sorry sayang, nak camne..dah hantu novel sangat..

antara novelis yang aku minat, Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Hlovate, Aleya Aneesa, Aina Emir, Ramli Awang Murshid, Damya Hana, Sri Diah, Sharifah Abu Salem, Fauziah Ashari dan ramai lagi lah..but this one novelis yang sangat2 diminati and dikagumi. novel dorang ni memang best2..

terlalu banyak novel yang dah baca sampai boleh bertekak dengan member, nak teka watak punya pasal je..payah sungguh la..bukan apa, dah minat. kalau kira nak banding baca novel dengan tengok movie, rela baca novel dari tengok movie. tapi seriously, kalaulah semua novel yang best2 ti difilemkan, for sure filem meletup tahap gaban dowh..kena pula penonton yang kaki novel, hah xtau la.pecah panggung kot..

buat masa ini, baru dengar tentang novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari yang akan difilemkan dan rasanya tak lama lagi akan ditayangkan..teruja nak tengok..harap2 xmengecewakan peminat novel ombak rindu tu...hope sangat maya karin boleh berlakon dengan baik(even tau dia mmg pelakon yg hebat)..terasa macam berat watak Ezzah tu dia nak bawa.. semoga mereka berjaya la..at least watak ezzah dipegang oleh maya. nampak juga la muka tradisional sikit, tapi kalau dia bubuh muka lisa ke, nampak macam xsesuai sebab lisa muka moden sangat...tp xtau lah..mungkin sebab xpernah g tengok lisa berlakon watak anak orang kampung2 sangat kot..anyway best of luck to everyone..

terlupa plak, Lagenda Budak Setan pun macam dari novel juga kan?? erm banyak dah ni..tapi kalau difilemkan lah novel2 macam KAU UNTUKKU, PERGILAH SEPI, BICARA HATI and banyak lagi yang top2 novel tu pastinya meletup2 lah...sebab para pembaca novel pun dah angau baca novel pe lagi tgk movie palk..yg penting pelakonnya sesuai rasanya boleh jer...kita tunggu je la apa yang akan berlaku di kemudian hari..

hopefully, ada diantara para penggiat seni/ director yang terfikir nak buat filem depends on novel yang laris tu..im sure mereka akan menerima feedback yang memberangsangkan...

0 sharing is caring,caring is loving: