friendship never end..

pembuka bicara

Sunday, November 28, 2010

~ lega sikit.....~

barulah terasa lega sedikit bila ada gap antara paper exam...kalau tidak, rasa macam nak tercabut jer otak dari kepala ni..serabut sangat dah kot..exam berderet, langsung tak bagi kite ni chance nak bernafas sikit pun..23-24 then rehat kejap. pastu sambung balik 27-28. memang naya la nak membaca segala bagai tu. huh tapi at last, my paper urban selamat. sempat g nak buat review dalam 5hari gap ni..kalau tidak, siap la result sem depan. wassalam la jawabnya.

nanti bukan saja bie yg mulut bising, dengan mak bapa kakak abang adik sekali nak join mengejek sebab result ala cukup makan je.xnak la setiap sem macam tu kan. malu lah weyh..dah la kite selalu je kena banding dengan kazen2 yg ramai tu..hish, nak malu pun xcukup masa tau...

terlepas beban skit lepas dah jawab 4 paper exam ni..setakat ni boleh lah kot. ada rezeki, kalau carrymarks hari tu boleh tahan chantek, boleh dapat A la kot. sem ni pun aku study nampak macam serius sikit. xla sempoi sangat macam sem2 awal tu huhuhu... (nampak sangat aku kuat main kan..)

menanti untuk paper urban pada 4 dis and my last paper on 12 dis is metod. erm..boleh tahan gah juga subjek tu..bawa2 lah bersabaq ye..actually, kepala hotak macam dah cantek landing memori kat sabah ni, cuma jasad je xsampai lagi ke sana..xpe, sikit masa lagi. xlari ke mana pun sabah tu yang oi...

yg pasti, harap aku dapat bangun awal besok. well aku ni kalau dah kata set kepala nak aci honeymoon mood tu sabaq aje lah, memang bagi lah bunyi bising apa pun, belum tentu lagi tu nak bangun. masalahnya, lepas subuh je terus sambung tidur sikit punya sedap bantal tu menggoda, tu yg xtahan tu..

sok nak bangun awal sebab nak g airport nak settle down postponed tiket hari tu. sok je la pun masa yg ada. kalau x, xbalik sabah la aku sem ni jawabnya..jangan wooi, aku dah rindu nak makan soto ni..huhuhu..semoga semua rancangan berjalan dengan lancar.

esok, dengan bertemankan my fren wanie si org ranau, kami akan gerak from kachi-airport seawal jm8. fuhh, janganlah aku tidur lepas subuh nanti..dah offer my triples A's tu join sama tapi nampak gayanya aku gerak dengan wanie je la. depa nak Qada cuti kot. nak kata cover paper exam depa lama g 6hb nti. hehehe xpe la kot la depa dah insaf kan so nak study awal.

hopefully aku bangun sok and gerak seperti yang telah dirancang.
paling tidak pun, adalah some1 yg akan gerak aku tidur.
my roomate?? xberani nak mengharap, dia kalau tidur memang lupa dunia terus.
macam aku? taklah, at least aku bangun kalau ada orang buka pintu bilik he3..

ok see you.
harap2 problem tentang tiket tu settle down esok juga.
jgn lah akak airasia tu cengih kat aku.

~ good night ~
~ sweet dream, sleep tight ~

p/s * rindu sesangat dengan Musri Bin Mukram..=)
@}>>---------

~ ish...ish...ish.... ~

tuhan saja yang tahu macam mana tensionnya aku pagi2 ni...
dah lah otak tengah tepu menghafal ilmu, petang nanti nk exam paper Falsafah pula lagi...

tapi...

punya la juga 'sandi', awal2 pagi lagi mood spoilt betul...ntah makhluk mana ntah yang buat hal kat 'dobi' tadi..cis betul lah...aku dahlah bangun pagi dengan mood sikit punya chantek, dengan penuh harapan nak settle down semua baju2 yg belum bercuci tu sebelum nak gerak pergi exam. sampai kat dobi, hullamak....sedap mata memandang sedap lagi hati membebel tengok apa yg terpampang di depan mata....sekali lagi...CISSSSSSS!!!!!

2 perkara yg aku nampak time ni...

1) ini xkisah sangat lagi sebab sure2 la aku tau kucing ni xde toilet so suka hati mak bapak dia la dia nak buang kat mana pun 'benda' tu.sedia maklum dah dia xsehebat garfield..tapi sedap punya port dia pilih..kaw2 betul, kat sink pula tu..tolong la meow...banyak lagi tempat lain sayang selain ni...

2) yg ke-2 ni la yg paling aku xtahan sungguh la..sah2 kerja manusia ni..ni ke kerja manusia yg Allah ciptakan dengan otak supaya bijak dan pandai berfikir tidak seperti kucing tadi???
aku dah geram ni..sesedap rasa oren je kan makhluk tuhan ni memuntahkan isi perutnya di tempat ni...aku nak basuh baju la mangkuk...Ya Ilahi, agak2 la bro..bro? sori silap, bila masa plak ade kaum adam kat floor aku kan..semula, agak2 la kak...haiyooo..aku nak basuh baju pun jadi masalah...menyampah betul la manusia yg xbertamadun macam ni..dah besar panjang kot, xkan benda kecik macam ni xdapat nak handle lagi...ish3 betul2 la..

tapi nak buat macam mana kan..memang ada juga la manusia spesies macam ni kat alam ni lagi..apasal spesies ni tak terhapus2 lagi..menyusahkan orang lain betul la..nak tak nak terpaksa lah juga aku jadi 'makcik cleaner' sekejap hanya sebab nak buang & bersihkan benda2 ni..aku yg tadinya nak menjimatkan masa terus terkubur niat bila terpaksa settle benda ni. sape ntah la punya kerja pergi muntah dalam ni. muntah tu xsalah, yg salahnya dia x bersihkan, nak aku backhand je manusia macam ni tau..xkan lah nak jirus sikit pun xlarat..xpe la. nak marah pun, mood marah aku dah berlalu, kira dah baik dah ni hik3...so anggap la aku buat khidmat masyarakat macam kat PLKN dulu..so ada juga la pahala aku dapat kan..(dosa membebel xtentu tadi cmne? ignore3 ha3..)

erm...semua dah okay. baju dah settle down, jemuran dah berisi, myself pun dah calm down so nothing to get worries lah..im fine thanks...huk3...
tapi 1 hal lagi yg xsettle...my perut still empty belum berisi..L.A.P.A.R!!!!

kejap lagi la nak pi isi..
~ wish me luck today for my dev. phil paper ~
~ see you ~

p/s : suddenly, some1 text me yesterday. the unexpected person text me just to say 'Good Luck'
is there anything tht he want to settle down??? curious me..=P

Friday, November 26, 2010

penat jak bah...

petang tadi start jm2.30pm saya dah terpacak kat bus-stop kachi dengan harapan saya xakan ditinggalkan oleh bas untuk ke airport kepala batas untuk urusan delay tiket...

tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.....

last2 sampai la bas tu dalam jam3.42pm..kan sudah saya cakap janji melayu.janji jam3 sampai lagi sikit mo jam4.macam mana mo maju kalau macam ni???? mo jak cakap dengan dorang, kenapa xdatang karang subuh jak..?

terasa geram pun ada. kalau sudah amanat dan tanggungjawab tu pegang la ba betul2 ni, buat pun macam xikhlas. sambil lewa jak.macam la kami ni xda benda lain mo dibuat.tolonglah, kalau bukan sebab beli tiket ni pakai duit yang banyak jangan harap saya mo menyusahkan diri p delay di airport. saya lagi sanggup beli baru sebab menyusahkan. betul la orang cakap, benda free ni selalu jak banyak halangan dan masalah..siapa bah yg jeles ni sebenarnya??

its ok lagi la lewat tu. yg paling menyakitkan hati, sudah sampai sana beratur depan kaunter tu....sikit lah juga punya panjang line. ya rabbi betul2 menguji kesabaran. ok lagi la tu boleh tahan lagi..tiba2 pula 'akak airasia' tu kata habis masa dah..'dalam hati saya, ko xnampak ka sikit punya ramai orang tengah beratur...? xkan mo tinggal camtu jak? consider la sikit kak. kami ni bukan dapat keluar selalu mo mengurus segala macam ni,dah la tengah minggu exam...dengan muka macam mo telan orang akak tu blah camtu jak..ya ilahi..saya macam mo meletup sudah tame tu...ok xpa, kami dengan hampa n kecewa tahap gaban, jebon n superman tu pun blah juga la dari sana..mo tunggu pa lagi kan..

sebenarnya mo jak paksa akak tu tadi tapi xjuga sampai hati sebab mungkin dia penat sudah buat kerja kan..tapi kami macam mana?? saya p hari ni pun sebab hari ni jak saya free pun. sok lusa sa ada paper.paling masalah sebab bas free yg disediakan untuk ke airport hanya sampai lusa. jadi saya bila lagi mo p...?? adoooiii...kalau saya banyak duit mo sewa teksi p airport xpa juga, langsung xkisah tapi masalahnya, 'no money, no talk'...bersabar jak la..

dengan harapan ada lagi la org lain yg mo p 29hb nanti supaya bas disediakan lagi..

tolonglah k, saya xda masa mo fikir segala macam punya problem. tu la sepa suruh lambat bagi keputusan kan sudah jadi macam ni..hish sikit punya teruk la management...sabar jak la..

~tak pa la~
~dont worry be happy~
~ALLAH ada membantu kita~
~A.M.I.N~



Friday, November 19, 2010

~ Selamat Hari Raya Aidiladha ~

Selamat menyambut hari raya aidiladha everyone...!!!!

walaupun raya haji tahun ni saya sambut kat negeri orang (Perlis)..tapi tak pe la.bukan orang lain juga, sambut dengan keluarga angkat kat sana. tak dapat nak balik sebab next week dah nak exam final sem so tak gaduh la nak balik sabah kan...tapi, walaupun sambut kat sini..sambutan tetap MELETUP!!!! mantap giler kot..rasa macam beraya aidilfitri lah pula...(padahal sepatutnya raya aidiladha disambut lebih meriah dari aidilfitri) erm, aidiladha tahun ni rasanya xde lah nak kata beraya sangat but it more to melancong actually..why??? sebab dalam masa 3 hari ni aje saya dah p macam2 tempat.

15 nov 2010 ~ kak Intan ambik saya kat uum nak bawa balik
ke Perlis. konon nak sambut raya aidiladha kat umah mak..masa tu kami je 3 org sekali dengan kak Chik, sebab kami baru nak g ambik Alia esoknya..dia baru balik cuti dari Matrik Arau.

16 nov 2010 ~ after lunch kami terus pecut proton saga kak Intan ke Arau nak g ambik Alia. after that kami balik Santan jap. bersiap nak ambik segala barang nak bawa balik umah mak dan dalam perancangan ke rumah Opah. selepas mendapat persetujuan ramai, kami bertolak ke umah Opah malam tu juga..kami pergi berlima. Saya yg comel, Kak Intan the driver, Kak Chik the sempoi, Alia adik bungsu kak Intan the Broken Radio..huhuhu..and Mak the mother.. ahahahha..xde kejo...

17 nov 2010 ~ Fuh...pagi raya..sedih yg amat-amat bila dengar takbir raya. malam raya tu ade jg dengar tapi sebab umah tu kecoh dengan suara kami berenam termasuk opah, dah semua perempuan ni makin gila2 la kepala kami....dengan mulut opahnya yg xmacam opah hehehe.. tapi, se
riously. sedih kot dengar takbir raya pagi tu..nak kol mak kat sabah takut 'banjir' lak mata ni..last2 mesej je la..huhuhu..sebenarnya dah kol mlm tadi b4 sleep tu pun just nak bgtau kami ke umah opah. dgr sayup2 je takbir tu, dah rasa mcm nk crying, terus cover line cakap psl tiket dgn mak..ceh hipokrit kn..nak nangis tu buat la cara nak nangis..

bergambar bersama family angkat kat perlis. dari kiri ; me, Alia, Kak Intan, Kak Chik. depan ; Opah dan Mak

tapi pengalaman mcm ni bukan selalu nak rasa. ni nsb baik aidiladha, kalau aidilfitri xpayah kata la, rela xkol mak. confirm2 je xmampu nak cover dah. tapi xsangka plak smbutan aidiladha kat sini agak meriah. pagi2 lagi opah dah bising. suh itu lah suh inilah..well..opah..heheh

menu pagi raya tu ialah bihun tom yam by opah and tapai also by opah..and hampir terlupa air oren by kak Chik...hehehe..memang sedap tom yam opah, tapi tapai?? sorry, i xminat opah. just sekadar nak merasa secubit dua tu boleh la kot tahan tapi nak makan banyak..x in lah..

petang tu dalam jam3.3o ptg kami bertolak ke Penang. itupun setelah habis dipujuk la mak tu sebab dia xnak p Penang last2 minit. takut nanti kereta ada problem lah, hujan nanti banjir la...biasalah org tua memang mcm tu. tapi Alia pujuk habis dah mak dia dengan umpan rindu kak Adam ( anak Abg Mie-cucu 1st mak). apalagi, jalan jg la kami ke Penang. dengan melalui Jambatan Pulau Pinang..wahh!! saya pula yg trlebih truja kan sbb xpenang p cmtu lah..hahaha cian budak sabah ni..

erm..teruja tgk ni sebenarnya..tapi pndai cover la beb...1st time p kn.xkn nak tunjuk sgt kot..=)

kami sampai kat Penang lebih kurang jam6PM. erm dah sampai Penang..xjalan g mana2 sgt pun sbb kami bukan p makan angin, nak g melawat besan mak je pun so xpe la..asal sampai kn..lain kli da masa bleh p lagi.. mlm tu lepas p umah Kak Syida, Abg Mie bawa g makan Nasi Kandar..


18 nov 2010 ~ kami bertolak balik ke Perlis jm11AM. tapi sempat singgah melawat saudara mara kat Sg. Petani dan merayau sekali ke Tanjng Dawai. sangat2 best kot..

ptg tu tidur sat kat umah mak ngah, then bertolak balik ptg tu jga. perjalanan agak terganggu sebab hujan lebat kat mana ntah tu...sampai kami terpaksa berhenti sekejap sebab kak Intan the driver tak nampak jalan.. semua muka cuak gile kot time tu..dengan mak yg xsudah2 suh pasang kaset zikir kt radio, Alia yg tiba2 plak kata air naik nk banjir.. yg cool je ialah saya, Kak Chik dan Kak Intan. tenang lah konon padahal, dlm hati cuak jg kot...
tapi lepas dlm 20mnt bhnti, kak Intan decide to drive juga dgn psg emergency-lamp tu utk bntu supaya nampak line putih pmbhagi jln...nasib baik semua ok je..siap bhenti makan kt RFC lagi..heheh

sampai je kat umah, xde lain, suma pakat tidur awal..penat kot..

~ it was my sweet memories for this holiday ~
~ thanks Kak Intan and family ~
~ thank you ALLAH ~

Monday, November 15, 2010

~ Balik Perlis ~

Najwa Nie Yazid sedang menanti ketibaan Kak Intan untuk balik ke Perlis...

huhuhu, looks like i'm gonna celebrate Raya Haji there this year..

but its okay, better than nothing kan..better than i celebrate it alone at kachi..

so, start from today and maybe until 21 Nov i'll out of kachi and also out from facebook's world and also not forgotten..i'm out from updating my blog..

im off for now...or...can i called that as ~ under maintanence ~
huhuhu sound cute..

wait for me..

~ miss u all ~

~ see you ~

~ salam ~

JODOH : Jangan mecari terlalu sempurna..


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~ renungan bersama ~

~ saya tahu awak pun kena tahu ~


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Sumber: Ridzuan Azmi

Sunday, November 14, 2010

awak buat saya keliru...

Ya, awak buat saya semakin keliru.
Awak dah banyak berubah.
mungkin benar ataupun hanya kebetulan,
tapi sejak wujudnya 'dia',
awak semakin jauh...

Adakah hanya saya yang terlebih berfikir,
atau sememangnya saya telah lama kehilangannya.

Kalau itu yang membahagiakan hidupmu,
silakan, saya tidak sama sekali menghalang.
tapi pastikan mulut 'dia' tidak mencanang benda yang tidak sepatutnya,
kerana, jika ia berlaku,
saya akan pastikan dia menyesal merampas awak daripada saya.

cuma jangan sekali-kali awak menipu diri sendiri,
apatah lagi diri ini.
jika awak terlanjur melakukannya,
mohon keampunan selagi hati masih ada.
andai hati sudah remuk,
tiada yang tertinggal,
melainkan penyesalan hingga kepenghujungnya.

berfikirlah secara waras..
buka mata,buka hati..
insyaALLAH jawapan akan menanti anda..

~ dilemma wanita ~

~ You liked me, i loved you. you fell, i caught you.
you left, i still love you. you turned around, i was waiting for you.
You let me down again, now i moving on..~

Thursday, November 11, 2010

kadangkala...

kadang-kadang saya sedar saya sebenarnya sememangnya berlaku dan bercakap kasar dengan sesetengah orang. walaupun sebenarnya saya rasa saya sudah cukup berlembut dengan orang. bukan sebab saya memang kasar atau nakal or what ever people called it tapi mungkin ada orang yang terlalu lembut hati so, when i'm being that kind of me orang akan kata saya cengih and so on. i can accept that. saya sudah lali dengan segala bagai gelaran yang macam tu. dari saya kecil hingga saya sebesar ini saya masih dengar gelaran dan panggilan yang sama. mulut orang kita tak mampu tutup. kalau mulut taper-ware lain lah. so apa yang mampu adalah keeps my mouth shut a.k.a silent.


its okay la. as long as saya tak mencederakan anak orang, saya boleh kata la saya ni tak la teruk sangat kan.tak pernah ada pun lagi kawan rapat saya yang mati dibuli, mati disepak dan segala bagai yang sewaktu dengannya. yang meninggal sebab kemalangan tu memang ada. tapi yang atas sebab saya sendiri, memang tak pernah berlaku lagi.

tapi sebenarnya, yang mana kawan saya yang label saya garang or cengih tu sebenarnya belum menjadi kawan saya yang sebenarnya dalam erti kata lain dia tak faham saya betul-betul lagi. kalau nak tau saya macam mana, kena tunggu akan ada kawan saya yang menjawab, "Najwa? dia garang? xla. sebenarnya dia tu gila-gila sikit je..." jawapan yang ni for sure kawan sejati. sebab jawapan dia memang sebiji macam jawapan kakak saya. so that means dia memang mengenali saya yang sebenarnya. itu pun memang sah kawan yang dah lama sangat kenal pun belum tentu jawab macam tu. tapi untuk 1st perceptions its okay. kesilapan itu dimaafkan..

setakat ni hanya 2 orang saja yang boleh faham saya betul-betul yakni dorang tau nak handle saya. bila saya mengamuk,bila saya marah, bila saya sakit hati tahap nak telan manusia, bila saya merajuk, bila saya sedih, bila saya tension dan segala bagai rasa yang lain.

mereka yang bertuah tu MM dan FS.

MM tu si buah hati pengarang jantung saya. that Y saya terima dia menjadi penghibur hati ketika lara dan penjadi pengarang serta pemilik hati saya... sebab dia sangat memahami. dia tau apa yang saya suka, yang saya benci. apa yang boleh buat saya ketawa, apa yang boleh ubah mood saya 360 darjah sekali gus. dia sangat kenal hati saya. walaupun kadang-kadang kami 'berperang' lah juga macam couples yang lain tapi dia tidak mungkin meleret-leret sampai berbulan lamanya. rasanya 2minggu pun tak pernah cukup. sebab dia tau mengambil hati.

kadang-kadang saya sedar saya sangat selfish bila bersama dengan dia sebab saya tau dia tetap akan bagi saya menang walau apa pun yang berlaku. walaupun dah sah2 saya kalah atau saya salah sekalipun dia memang tetap akan bagi saya yang menang. pasal tu saya sayang dia sangat-sangat. saya faham dia terlalu manjakan saya tapi bila saya tegur, apa yang keluar dari mulut dia, "tak pa la.bagi nie menang pun bie dapat habuan sama. tengok nie senyum tu jadilah. bukan dapat apa pun kalau nak bertekak sampai tak cukup hari tu. bie mau bila nie ada dengan bie, biarlah nie sentiasa senyum. bukan nak menangis or bad mood segala..." saya sangat tersentuh hati bila dia dah mula bercakap lembut macam tu. saya yang tengah merajuk pun terus kelam diam tak berbahasa la gamaknya. thanks sayang u make my day beautifull everytimes we met.

tentang si FS tu pula. saya malas nak ulas lebih2. nanti dia bangga diri. tapi dia memang kawan yang sangat baik. walaupun kami kenal tak de la lama sangat tapi dia cukup baik sebagai seorang kawan. kalau saya tengah ada masalah, tak kira la small ke big dia tetap ada. sebab dengan dia je la pun tempat saya mengadu segala-galanya. nak memaki pun dengan dia, nak ketawa pun dengan dia juga apalagi kalau bab nak mengenakan orang, sah2 la dengan dia. kepala hotak dia tu pun bukannya lurus sangat. tapi cukup lah sekadar dia ada sentiasa bila saya memerlukan seorang teman tempat meluahkan rasa hati. dia faham apa yang buat saya marah, hepi dan segala bagai. memang dia lebih kurang je dengan MM kesayangan saya tu tapi dalam konteks yang lain lah. kasih seorang kekasih dan kasih seorang kawan kan ke jauh bezanya tu...=)

tapi apa-apa pun, saya lebih berterima kasih kepada ALLAH kerana dialah yang menganugerahkan saya orang2 yang hebat cenggitu dalam hidup saya. walaupun MM tu belum tentu menjadi milik saya yang abadi saya cuma mampu berdoa, harapnya biarlah dia yang akan menjadi milik saya dan memiliki saya di dunia. (di akhirat tak tau lagi. kalau saya mampu bersaing dengan jutaan bidadari di syurga tu..insyaALLAH saya bboleh berdamping dengannya) tapi untuk insan yang bergelar FS, dia boleh saja menjadi kawan sejati saya di dunia mahupun di akhirat. sebab dia perempuan juga. tiada halangan langsung hubungan kita FS okay!!

thanks Allah for give them to me.. they made my world colourfull. saya dapat belajar banyak benda hanya dari MM dan FS ni.walaupun yang lain ada, i put 2 of u a step after all my family members. i love both of u so much..

~ semoga hubungan kita diberkati oleh-Nya~

Tuesday, November 9, 2010

bila terasa rindu...

rindu datang lagi kekasih...

(sejak bila aku jadi melampau lentok jiwang cenggitu..?? ignore2..)

tapi betul la..aku dalam kerinduan..(eeewaahhh)

fuhh semangat gilo kot. haru btl la ayt post kli ni...kalau iya la pun nak bg Cg Pohziah Alam terharu pun agak2 la kot...kang sat g kene pelangkung dengan Cg Jaim ke Cg Adzid...huhuhu..

sangat terasa rindu la.. aku rindu sapa ni sebenarnya..?

rndu kampung, rindu rumah, rndu family, rndu B, rndu ank2 buah aku, rndi kawan aku yg senget menget serupa cam aku...pendek kata aku rindu lah kat semua orang...

dahla study week aku bertukar jadi study month..kurangnya asam..tapi nak buat camna..terima je la seadanya..takdir tuhan dah jadik cenggini kan..

tapi yang aku geram, aku dah la tersangat lah boring dah ni..
dah la Stor sukan xbuka..at least ada la juga lazy-bicycle kan aku nak main petang2 ni langsung la pun xde..lazy-bicycle tu aku naik sorang pun boleh jadik je kot aku redah kalau dah nak termuntah hijau sekalipun sebab dah boring sangat...walaupun pada hakikatnya basikal tu kena naik 2org..aku xkisah dah. keboringan aku dah sampai ke petala kelapan dah ni...sikit masa lagi nak bergabung dengan monkey2 yg ada setia kat hutan sintok ni..

kalau hari2 nak menghadap buku and facebook boleh pengsan mampus juga la aku kat sini..
tolong lah yaw..

tiba2 lak terbayang kalaulah aku sefakulti seDPP dgn minah sorang tu, xke nak meletup je DPP aku ni. kepala hotak dia tu bkn bleh pakai sgt..klu aku senget 45 darjah sekalipun, aku berani sure je dia tu lagi sengkek terbaring terus..xmain dah 45 darjah ni...

aku sure2 je dia akn baca punyalah post ni..dia alert sgt la dgn update post aku sejak 2 menjak ni..ade je jiwa2 yg kacau gedik nak mngomen kt post aku hauhuahua....(msti dia terharu baca post ni..patah segala tengkuk leher punya..rahang jatuh la paling kurang pun hahahha..)

dah la aku dalam kegeraman... terasa je nak kuar cari K-box...ade ke kt dekat area2 ni? masalahnya xde kawan je nak kuar.bukan takut tpi safety first (abang aku punya quote tu)
dengan perasaan kuat nak mencari novel ni lagi 1hal..macam xde exam final je rasa...hari2 asyik fikir novel je..mana nak dpt DL cmni...haiyoo2....

tapi berbalik ke agenda asal...(ceh macam tengah meeting persatuan la pula rasa..)
aku memang rindu giler dgn rumah..dgn B aku lagi..hadddoooiiii... kredit Hp dah la nazak nyawa2 berudu..asyik nak advance n minta trnsfer dgn mak je...malu la weh...kot la Bill Gates nk trnfer kredit celcom kat aku stp hari tu lain kes la juga...sabar aje la..tggu la pun birthday aku bulan FEB nanti...itupun kalu dipanjangkan umur...dgr cite Fb pnya apps jangka aku gone tahun depan..xlama lagi dah tu hik3...

apa2 pun....kesabaran anda amatlah dialu-alukan wahai najwa...

~caww luk-see ya ~

Head Girl Vs Natrium Benzoat

" tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku kat sini! total peacebuster!! outrageous punya supernatura de sepultura! Amil acetate hydrogen peroxyde! that manusia is good for nothing! Darth Vader yang patut kena pancung je dengan Obi Wan Kenobi! Slaptikus de asbestos!! "

"....Pemusnah Alam ! Perosak langit ke tujuh! Patogen punya creature...!!"

by me : what a words... impressive. dalam umur 15 tahun, she can used the words for her novel. kagum. she might be so educated..

p/s * inilah bala dan bahananya apabila najwa is reading novels again...dia akan mengulas almost half the novel.... najwa u're crazy..

You Gotta Be by Des'ree

lagu ini ditujukan buat kawan2 yang bakal menghadap exam xlama lagi... dedicated by Kurt dan kashi..(sepa mereka ni jgn tnya kt sini but ask me F2F...k)

Listen as your day unfolds
Challenge what the future holds
Try and keep your head up to the sky

Lovers, they may cause you tears
Go ahead release your fears
Stand up and be counted
Don't be ashamed to cry

You gotta be
You gotta be bad, You gotta be bold,
You gotta be wiser,
You gotta be hard,
You gotta be tough,
You gotta be stronger,
You gotta be cool,
You gotta be calm,
You gotta stay together
All i know, all i know, love will save the day

Herald what your mother said
Read the books your father read
Try to solve the puzzles in your own sweet time
Some may have more cash than you
Others take a different view
My oh my,

Don't ask no questions,
It goes on without you
Leaving you behind if you can't stand the pace
The world keeps on spinning
You can't stop it,
If you try to
This time it's danger staring you in the face

"i'll miss this moment. Big Time. Hands down..."~ Addin Shah

by natrium benzoat

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can't forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
Between reality and fantacy

Haunted the nightmares
Created the ecstasy
Hlovate - oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You're losing your head
Don't want it yet it keeps haunting
Losing yourself in the suffocating mist
The blind arrows of
Piercing cold ice and warm melting heart
Tearing me apart

Tearing me apart..

Saturday, November 6, 2010

~terkandas-mangsa banjir~

Bila UUM mengumumkan bahawa final exam ditangguhkan. dalam hati memanjatkan doa yang sikit punya tinggi agar flight ke sabah tak terjejas. but then,im checking my portal to see my new exam schedule. SAH!! my flight terjejas. actually im counting to fly back to sabah on 29Nov tapi sebab semua problem ni datang berduyun2, my exam postponed to 12Dis..SHIT!!!! makin lama lah aku duk sini..menyampah gila..

not to blame UUM or anybody because semua ni bencana alam kan. so that i'll take it easily. but, who gonna pay my ticket? saya bukan dari golongan orang berada yang boleh dengan sesenang lenangnya burn my ticket and buy the new one..

what to do..semuanya berserah kepada ALLAH yg esa...

and noe, i'm stuck here.for now, i still have friend with me aina and aisyah. ain is already balik kampung.well org rumah dekat je so anytime boleh blah. so sikit masa lagi mungkin will be alone here. tomorrow aina and aisyah nak balik. sorang ke kuantan and sorang lagi ke penang. so as a sabahan, faham2 aje la..duk kachi diam2 ok..!!

its ok then. i boleh je hidup.as long as bekalan mkanan ada i boleh je.melainkan bekalan makanan tu habis naya la aku. plan nak balik rumah family angkat kat perlis xtau jadi ke tidak sebab tanya kak intan hari tu dorang banjir teruk juga so for this time, stay kachi happily..fuhh hipokrit!

sangat jeles tengok semua orang nak balik rumah tapi nak buat macam mana. faham2 je la kan. kalau org penang and kuantan pun dah macam nak menangis xdapat balik,inikan saya yg duk oversea ni...muka toya je slamber gilerz depan kawan2 dalam hati,fuhh taik kucing betul la..nak menangis aku kol my mum few days before. yg paling xboleh blah, my mum siap tnya lagi, "adik kena hanyut banjir ker x ni?"..cis pn pnya soalan mum aku bgi..klu dah hanyut xdenyer nk post blog mak...lagipun kachi ni ats bukit kot.double bukit lagi...bukit kachi and bukit Blok H huhuhu..

kepada kawan2 yg nak balik, hopefully korang berjaya and selamat sampai ke rumah. doakan aku kat sini tenang aman dan damai sejahtera.