friendship never end..

pembuka bicara

Friday, November 19, 2010

~ Selamat Hari Raya Aidiladha ~

Selamat menyambut hari raya aidiladha everyone...!!!!

walaupun raya haji tahun ni saya sambut kat negeri orang (Perlis)..tapi tak pe la.bukan orang lain juga, sambut dengan keluarga angkat kat sana. tak dapat nak balik sebab next week dah nak exam final sem so tak gaduh la nak balik sabah kan...tapi, walaupun sambut kat sini..sambutan tetap MELETUP!!!! mantap giler kot..rasa macam beraya aidilfitri lah pula...(padahal sepatutnya raya aidiladha disambut lebih meriah dari aidilfitri) erm, aidiladha tahun ni rasanya xde lah nak kata beraya sangat but it more to melancong actually..why??? sebab dalam masa 3 hari ni aje saya dah p macam2 tempat.

15 nov 2010 ~ kak Intan ambik saya kat uum nak bawa balik
ke Perlis. konon nak sambut raya aidiladha kat umah mak..masa tu kami je 3 org sekali dengan kak Chik, sebab kami baru nak g ambik Alia esoknya..dia baru balik cuti dari Matrik Arau.

16 nov 2010 ~ after lunch kami terus pecut proton saga kak Intan ke Arau nak g ambik Alia. after that kami balik Santan jap. bersiap nak ambik segala barang nak bawa balik umah mak dan dalam perancangan ke rumah Opah. selepas mendapat persetujuan ramai, kami bertolak ke umah Opah malam tu juga..kami pergi berlima. Saya yg comel, Kak Intan the driver, Kak Chik the sempoi, Alia adik bungsu kak Intan the Broken Radio..huhuhu..and Mak the mother.. ahahahha..xde kejo...

17 nov 2010 ~ Fuh...pagi raya..sedih yg amat-amat bila dengar takbir raya. malam raya tu ade jg dengar tapi sebab umah tu kecoh dengan suara kami berenam termasuk opah, dah semua perempuan ni makin gila2 la kepala kami....dengan mulut opahnya yg xmacam opah hehehe.. tapi, se
riously. sedih kot dengar takbir raya pagi tu..nak kol mak kat sabah takut 'banjir' lak mata ni..last2 mesej je la..huhuhu..sebenarnya dah kol mlm tadi b4 sleep tu pun just nak bgtau kami ke umah opah. dgr sayup2 je takbir tu, dah rasa mcm nk crying, terus cover line cakap psl tiket dgn mak..ceh hipokrit kn..nak nangis tu buat la cara nak nangis..

bergambar bersama family angkat kat perlis. dari kiri ; me, Alia, Kak Intan, Kak Chik. depan ; Opah dan Mak

tapi pengalaman mcm ni bukan selalu nak rasa. ni nsb baik aidiladha, kalau aidilfitri xpayah kata la, rela xkol mak. confirm2 je xmampu nak cover dah. tapi xsangka plak smbutan aidiladha kat sini agak meriah. pagi2 lagi opah dah bising. suh itu lah suh inilah..well..opah..heheh

menu pagi raya tu ialah bihun tom yam by opah and tapai also by opah..and hampir terlupa air oren by kak Chik...hehehe..memang sedap tom yam opah, tapi tapai?? sorry, i xminat opah. just sekadar nak merasa secubit dua tu boleh la kot tahan tapi nak makan banyak..x in lah..

petang tu dalam jam3.3o ptg kami bertolak ke Penang. itupun setelah habis dipujuk la mak tu sebab dia xnak p Penang last2 minit. takut nanti kereta ada problem lah, hujan nanti banjir la...biasalah org tua memang mcm tu. tapi Alia pujuk habis dah mak dia dengan umpan rindu kak Adam ( anak Abg Mie-cucu 1st mak). apalagi, jalan jg la kami ke Penang. dengan melalui Jambatan Pulau Pinang..wahh!! saya pula yg trlebih truja kan sbb xpenang p cmtu lah..hahaha cian budak sabah ni..

erm..teruja tgk ni sebenarnya..tapi pndai cover la beb...1st time p kn.xkn nak tunjuk sgt kot..=)

kami sampai kat Penang lebih kurang jam6PM. erm dah sampai Penang..xjalan g mana2 sgt pun sbb kami bukan p makan angin, nak g melawat besan mak je pun so xpe la..asal sampai kn..lain kli da masa bleh p lagi.. mlm tu lepas p umah Kak Syida, Abg Mie bawa g makan Nasi Kandar..


18 nov 2010 ~ kami bertolak balik ke Perlis jm11AM. tapi sempat singgah melawat saudara mara kat Sg. Petani dan merayau sekali ke Tanjng Dawai. sangat2 best kot..

ptg tu tidur sat kat umah mak ngah, then bertolak balik ptg tu jga. perjalanan agak terganggu sebab hujan lebat kat mana ntah tu...sampai kami terpaksa berhenti sekejap sebab kak Intan the driver tak nampak jalan.. semua muka cuak gile kot time tu..dengan mak yg xsudah2 suh pasang kaset zikir kt radio, Alia yg tiba2 plak kata air naik nk banjir.. yg cool je ialah saya, Kak Chik dan Kak Intan. tenang lah konon padahal, dlm hati cuak jg kot...
tapi lepas dlm 20mnt bhnti, kak Intan decide to drive juga dgn psg emergency-lamp tu utk bntu supaya nampak line putih pmbhagi jln...nasib baik semua ok je..siap bhenti makan kt RFC lagi..heheh

sampai je kat umah, xde lain, suma pakat tidur awal..penat kot..

~ it was my sweet memories for this holiday ~
~ thanks Kak Intan and family ~
~ thank you ALLAH ~

0 sharing is caring,caring is loving: