friendship never end..

pembuka bicara

Thursday, February 10, 2011

~ Demam Lagi !!! ~


Aku demam lagi!!!!
geramnye...sebab saya memang xsuka kalau saya xsihat..
walaupun demam tu hanya boleh dikategorikan sebagai perkara biasa oleh sesetengah orang tapi sebagai seorang yg memang berpenyakit tapi jarang dijangkiti memang ia adalah suatu perkara yg sangat membebankan...

DEMAM..
demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. ia bukanlah suatu penyakit tetapi suatu gejala yg selalunya menandakan bahawa anda mempunyai penyakit-penyakit yg ringan dan tidak serius. suhu badan normal adalah pada tahap 37'C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.
~ tiba-tiba i jadi rajin nak memberi pengenalan berkaitan demam ~

erm...
tapi xpa lah..orang kata, bila kita sakit itu sebenarnya suatu peluang kepada kita untuk lebih berhati2 dalam hidup..maksudnya, kita diberi peluang untuk menilai diri kita balik. kenapa kita sakit?
ada pula yg cakap, sakit2 ringan sebegini boleh dan akan menghapuskan dosa2 kecil kita di dunia ni..betul ke tak?
bagi saya ia betul...=)
tu tandanya tuhan masih sayangkan kita. DIA masih bagi peluang untuk kita membetulkan diri kita. so kita kenalah memperbaiki diri kita dari masa ke semasa..

bak kata abg saya, update and scan selalu lah 'hard-disk' kita tu..=)

cuma, bila saya dah demam ni..
memang sgt susah and lambat sangat nak baik..
sebab, saya memang ada Asma/Lelah.
so kalau dah xsihat tu memang selalunya akan berpanjangan utk beberapa hari/minggu...(teruknya kan!!)
tapi xpe..sabar aje la..semua ni ada hikmahnya..yer kan..hehehe

~ semoga ALLAH berkati hidup saya ~
~ saya mahu jadi hamba ALLAH yg bijaksana ~
~ hamba yg sentiasa update diri dari masa ke semasa ~

p/s : alamak!! saya ada badminton match 18hb ni!! tapi saya demam..adoyai..

0 sharing is caring,caring is loving: