friendship never end..

pembuka bicara

Monday, March 7, 2011

Forum : Syurga Cinta


" Syurga Cinta "

kali ni nak cerita pasal ni pula la..
tapi bukan pasal filem tu..
ni pasal tadi baru je habis join Forum yg diskus tentang syurga cinta

best sangat sebab ahli panel tu memang xpayah nak kata la..
best giler...lawak pun lawak..
ust tu memang lawak giler la kan..
lawak2 pun bukan sebarang lawak..
lawak yg di bawa adalah lawak yg bermesej dan berguna utk semua khasnya buat remaja masa kini macam kita la ni la..

walaupun isinya hampir sama dengan forum yg kami p hari tu (Forum : 'I Love You') tapi kira xrugi la juga pasal ilmu kan, so xde hal pun kalau berulang banyak kali. malah xboring pun sebab pendekatan yg digunakan sangat mudah diterima oleh semua..
yg xberapa nak best sangat sebab ahli panel ke2 tu agak serius sikit..lawak lagi moderator tu...heehehe..

melalui forum tadi, dapat banyak pengetahuan dan pengajaran melalui beberapa pendekatan yg mudah dan cerita2 yg boleh diguna teladani..

salah satu daripadanya..
" Ber'couple' itu haram. kalau xfaham juga makna haram tu and teruskan juga aktiviti ber'dating-dating'an so ia akan menjadi HARAM JADAH ". ~ Ust Muhammad Ghadafi Rofie ~
tapi jgn salah faham, perkataan 'haram jadah' yg digunakan hanya sekadar melawak sahaja. bukan utk digunakan sebagai dalil ataupun apa2.

" wanita yg baik hanya dijadikan utk lelaki yg baik. malah, lelaki yg baik turut dijadikan utk wanita yg baik".

agak ramai juga sambutan forum tadi..
memang dah dijangka sambutan yg dapat sebab tengok tajuk aje dah tau ramai yg berminat nak datang. dan majoriti dari penonton tadi adalah dari kalangan muslimat. sangat xhairan dan peliklah keadaan itu..sebab, org perempuan ni memang suka perkara2 macam ni berbanding muslimin..tapi rasanya, muslimin yg datang tadi even xsampai 50org pun, rasanya semua puas hati. tak rasa rugi pun datang. dah la xboring kan ilmu pun best dan menarik..

dalam cinta ni, manusia kena lebih berhati2..
cinta memang indah kalau ia berlandaskan syariat tapi kalau berlandaskan nafsu semata-mata, ia boleh membinasakan manusia.

semoga ilmu yg dapat tadi dapat di manfaatkan bersama..

note : cinta yg dibawa oleh seorang lelaki sebelum kahwin adalah cinta yg berlandaskan nafsu semata-mata. cinta lelaki yg benar adalah cinta yg dibawa bersama selepas diijab kabulkan dengan pasangannya. ini kerana, cinta sebelum pernikahan adalah suatu perasaan yg didorong oleh perasaan ingin memiliki dan ingin disayangi.

* salah satu sebab islam mensyariatkan memakai tudung untuk menutup kepala dan rambut (aurat) adalah disebabkan utk mengelak daripada golongan perempuan terdedah dengan madah pujangga seorang lelaki yg suka bermain kata2.
* kekuatan seorang lelaki utk menundukkan seorang wanita adalah dengan lidahnya (bahasanya) malah kelemahan seorang perempuan pula terletak pada telinganya apabila mendengar pujuk rayu seorang lelaki, ia mudah terpedaya. oleh itu disyariatkan bertudung dan menutup telinga agar tidak termakan pujukan lelaki.

~ HAPPY ALWAYS ~


0 sharing is caring,caring is loving: