friendship never end..

pembuka bicara

Thursday, March 31, 2011

Tanda Bila Lelaki Mula Jatuh Cinta...

23 Tanda Lelaki Mula Jatuh Cinta..

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukannya terpaksa.

2. Dia sentiasa cuba untuk menghiburkan kekasihnya.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia sangat menyayanginya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.


5. Dia sentiasa takut untuk kehilangan kekasihnya.


6. Dia selalu mengawasi gerak geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti budak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.


10. Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.


11. Dia kadang-kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.


13. Dia akan selalu memastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya, adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasakan cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.


16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu untuk bersama kekasihnya.


18. Dia membanggakan kekasihnya di hadapan orang lain. 


19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharapkan agar kekasihnya kembali kepadanya.


20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal warasnya dan sanggup berbuat apa sahaja demi untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap bahawa kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya, namun jika berlaku sedemikian, itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.


23. TIDAK SEMUA LELAKI SANGGUP MENITISKAN AIR MATANYA HANYA UNTUK SEORANG WANITA...


 

0 sharing is caring,caring is loving: