friendship never end..

pembuka bicara

Tuesday, April 5, 2011

Cerita 1: Harta Pak Pandir..

Pak Pandir baru sahaja mendapat harta warisan setelah ayahnya meninggal dunia. Tetapi, beliau bingung kerana tidak tahu di mana perlu disimpannya wang tersebut. Kalau simpan di bank, beliau takut bank tersebut bankrup. Kalau letak di bawah bantal nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir panjang, akhirnya beliau mendapat idea dengan menanam wang tersebut di belakang rumahnya. lalu dipasang papan tanda dengan tulisan yang sangat besar 'TIADA WANG DISINI'. namun, teman Pak Pandir yang bernama Si Luncai telah melihat apa yang telah dilakukan oleh pak Pandir.
Setelah lewat malam, Luncai pun datang untuk pergi menggali tanah itu dan mengambil wang tersebut. setelah mendapat wang tersebut, untuk tidak dicurigai oleh Pak Pandir, beliau telah menggantikan papan tanda Pak Pandir tadi dengan tulisan ' BUKAN LUNCAI YANG AMBIL'.
NOTE : DUA-DUA PUN MENGONG..=p

0 sharing is caring,caring is loving: